Blog Ilmiah Pemasaran Video I Pemasaran Emel I Pemasaran Blog I Peribadi I Gosip

Photobucket

Jenis-jenis Perisian Video Yang Digunakan Dalam Pemasaran Internet

Tuesday, January 18th, 2011

Pemasaran Video sering kali digunakan oleh kebanyakan usahawan internet. Tahukah anda apakah jenis-jenis perisian video yang digunakan dalam pemasaran video terutamanya dalam memasarkan produk digital/fizikal mahupun pemasaran untuk affiliate. Video adalah sangat mudah untuk dicipta dan malahan ianya berkos rendah sekiranya mampu dicipta sendiri daripada mengupah videographer di luar sana.

Jenis-jenis perisian video.

1. CamStudio

CamStudio adalah perisian video yang boleh didapati secara percuma dan ianya digunakan dalam mencipta video. Ianya sesuai untuk individu yang baru bermula dalam mencipta video di mana perisian ini adalah sangat mudah digunakan.

Ia boleh merakam skrin komputer anda di mana anda boleh merakam video power point untuk menjadikan video tutorial kepada orang ramai. Anda boleh memasarakan video ke Youtube, Facebook, Metacafe, Forum, dan sebagainya.

2. Camtasia Studio

Camtasia adalah perisian video berbayar di mana perisian perakam video yang canggih di mana video-video yang telah dirakam boleh diedit semula untuk menambah ciri-ciri menarik dalam sesuatu video. Camtasia Studio adalah lebih baik berbanding CamStudio di mana ciri-ciri yang terdapat pada Camtasia tidak ada pada CamStudio.

Kebanyakkan video yang dihasilkan oleh usahawan internet adalah menggunakan perisian ini. Video yang dihasilkan daripada perisian video ini adalah sangat berkualiti dari segi gambar dan suara.

Perisian ini juga boleh digunakan percuma untuk tempoh percubaan selama 30 hari. Sekiranya anda memerlukan perisian ini untuk tempoh percubaan anda boleh mendapatkannya di laman web perisian ini.

Sekiranya anda mempelajari dalam penghasilan video dan berjaya menghasilkan video adalah satu bonus untuk anda. Apabila anda berjaya menghasilkan video,anda boleh memasarkan produk affiliate/digital/fizikal untuk menjana pendapatan pertama di internet.

Semoga enti kali ini membantu pembaca dalam mencari perisian video untuk pemasaran produk.

Share