Ralat: Audio kurang jelas dengan speaker biasa.
Anda disarankan mendengar dengan headset
untuk kejelasan audio video ini.
Pemilihan Autoresponder Untuk Bina Bisnes Anda.
Jenis-jenis autoresponder:
AWeber di antara autoresponder yang termahal dan terbaik. Kenapa AWeber ini mahal sangat? Bagi saya AWeber sangat mahal kerana ciri-cirinya yang lebih mesra pengguna di mana penggunaannya sangat mudah digunakan dan difahami oleh sesiapa sahaja yang menggunakannya. Tahap deliverbility untuk sampai ke inbox subscriber anda adalah 99% di mana sekiranya anda menghantar satu email kepada 1000 subscriber akan masuk ke INBOX emel mereka.
Ini memberi peluang kepada anda sekiranya anda menghantar satu email tips-tips berguna dan sampai ke INBOX, mereka dapat membukanya. Sekiranya email anda sampai ke dalam folder SPAM mereka, email anda memang tidak akan dibuka. Jadi di sini tahap deliverbility AWeber adalah sangat tinggi. Ini adalah salah satu kelebihan AWeber yang saya lihat kerana saya sendiri menggunakannya tetapi suatu hari nanti saya yakin AWeber ini akan menjadi lebih mahal untuk menanggung kos operasinya.
Kelemahan yang saya lihat pada AWeber ini adalah dari segi kos. Sekiranya mailing list kita meningkat ia akan juga meningkatkan kos tanggungannya setiap bulan. Mungkin suatu hari nanti saya akan bertukar kepada autoresponder yang lebih murah tetapi tahapnya lebih kurang sama dengan AWeber ini.
Getresponse juga adalah salah satu autoresponder terbaik yang biasa digunakan oleh ramai usahawan internet. Ciri-cirinya lebih banyak berbanding AWeber tetapi bagi saya penggunaannya kurang mesra sedikit berbanding AWeber. Getresponse adalah di antara autoresponder yang termahal kerana saya percaya semakin bertambah cirinya semakin mahal kos tanggungannya. Ini juga bergantung kepada jumlah subscriber yang dimiliki oleh usahawan tersebut.
Anda boleh melihat ciri-ciri GetResponse di bawah ini.
Imnica Mail adalah autoresponder yang masih baru dan dari pemahaman saya Imnica Mail ditubuhkan pada 2008 di mana ia dikendalikan oleh individu. Saya yakin Imnica Mail ini akan berkembang di masa hadapan di mana kos tanggungannya adalah sangat banyak berbeza berbanding AWeber dan Getresponse. Ciri-ciri yang terdapat pada Imnica Mail ini lebih kurang sama dengan ciri yang terdapat pada AWeber dan kos tanggungannya untuk 5000 subscibers adalah $9 = RM27 sebulan. Tidakkah ini berbaloi bagi anda sekiranya memilih autoresponder jenis ini untuk membina bisnes anda untuk jangka panjang?
Saya pasti dan yakin Imnica Mail ini akan terus berkembang dan ramai usahawan internet akan beralih kepada untoresponder jenis ini. Rakan saya juga turut memberitahu saya beliau telah menggunakannya selama 2 tahun dan tidak pernah mengalami masalah setakat ini. Ikhlas dari pandangan saya, Imnica Mail ini sekiranya diuruskan oleh individu ia pasti memberi masalah kepada penggunanya sekiranya pemiliknya meninggal dunia kerana kita tidak tahu untuk merujuk kepada sesiapa sekiranya ini berlaku. Usah risau dahulu, saya juga mengambil sikap positif kerana saya pasti pemilik autoresponder ini sudah pasti telah melakukan tindakan sokongan sekiranya masalah ini berlaku.
Saya juga melihat Imnica Mail akan terus berkembang kerana telah ramai usahawan internet menggunakannya. (^-^)
Trafficwave adalah autoresponder yang termurah pernah saya gunakan sebelum saya bertukar kepada AWeber. Kelebihannya adalah dari segi kosnya tidak meningkat walau pun subscribers meningkat. Ia juga dikendalikan oleh sebuah syarikat dan saya melihat ia juga akan terus berkembang pada suatu hari nanti.
Kelemahan yang saya lihat pada Trafficwave ini adalah dari segi cirinya yang kurang mesra sedikit dalam penggunaannya. Sekiranya anda berminat untuk menggunakannya anda boleh mendaftar tanpa perlu membuat bayaran terlebih dahulu. Anda boleh menggunakannya percuma selama 30 hari (sebulan) untuk tempoh percubaan.
Jadi saya rasa anda perlu melanggan autoresponder berbayar daripada menggunakan autoresponder yang percuma kerana saya pasti anda mungkin tidak mahu mengalami kerugian sekiranya menggunakan autoreponder yang percuma.
Autoresponder percuma ini mempunyai banyak keburukan berbanding autoresponder berbayar di mana autoresponder berbayar adalah terjamin kualitinya. Pemilihan untuk melanggan autoresponder berbayar ini adalah mengikut keperluan dan kemampuan anda sendiri.
Komen Terkini