
Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun di umumkan Isnin yang lepas dan tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula menyusul. Bagi yang menerima keputusan baik pasti akan gembira manakala yang tidak bernasib baik dengan keputusan diperoleh tidak perlu kecewa kerana ia bukan akhir sebuah kehidupan.
Ramai yang menganggap kedua-dua peperiksaaan ini adalah akhir kepada proses persekolahan. Walau pun kenyataan itu ada pakainya tetapi ia sebenarnya adalah permulaan kepada satu lagi proses pembelajaran.
Persoalannya, ke mana lepasan SPM dan
STPM selepas ini. Individu yang bercita-cita tinggi, sudah tentu merancang landasan yang ingin diikuti. Mereka yang masih kabur dan tidak jelas hala tuju, ada baiknya melihat peluang yang boleh diambil.
Namun dalam memilih kursus sebaiknya tanya diri sendiri apa yang dimahukan, bak kata pepatah, tepuk dada tanya iman kerana anda sendiri yangmenghadapi dan menentukannya.
Komen Terkini