Blog Ilmiah Pemasaran Video I Pemasaran Emel I Pemasaran Blog I Peribadi I Gosip

Photobucket

Strategi Dalam Pemasaran Amat Penting Untuk Melariskan Jualan

Saturday, March 26th, 2011

Adakah anda sering kali memikirkan strategi pemasaran untuk produk anda? Ramai usahawan di luar sana mahu pun saya sendiri sering kali memikirkan strategi pemasaran untuk melariskan produk sendiri mahu pun produk lain (affiliate).

Merangka, menyusun, dan melaksanakan sesuatu strategi pemasaran begitu genting dan penting untuk memastikan kejayaan bakal kita perolehi.

Adakah tool-tool penting pemasaran seperti forum, facebook, blog, video, dan emel saling berkait rapat? Ya tidak dinafikan kesemua tool ini adalah penting untuk bakal usahawan internet atau yang sudah menjadi usahawan internet seperti anda.

Fungsi-fungsinya adalah untuk memberi, menarik, dan membawa trafik ke laman anda di samping membina kredibiliti dan kepercayaan orang ramai terhadap anda. Namun sejauh manakah ianya mampu membawa kebaikan kepada anda?

Jadi di sini ditekankan kepada strategi anda menggunakan tool-tool ini. Sekiranya anda  bijak memanipulasi ini semua, ia pasti membawa impak yang besar kepada anda.

Di dalam artikel kali ini saya ingin berkongsikan tips pemasaran emel dalam menjadikan tool ini berkesan untuk mengatur strategi bagi kejayaan sekarang dan jangka panjang.

 

11 Cara Top Membina  Senarai Pelanggan anda

=======================================

(more…)

Share

Kajian Penting Dalam Pemasaran Produk Di Internet.

Tuesday, December 14th, 2010

Tips Kajian.

Selepas mendapat keyword yang dikaji dan mempunyai permintaan anda perlu melakukan proses-proses yang lain seperti membeli domain yang sesuai, membuat laman web, dan bagi saya anda perlu memasang sistem autoresponder untuk membina bisnes jangka panjang.

Setelah semua proses ini telah selesai anda boleh memasarkannya di forum, blog, facebook dan ke mailing list anda. Ulang proses ini berulang-ulang sehingga anda mendapat jualan anda yang pertama. Saya yakin setiap individu mempunyai kekuatan dalaman untuk berjaya sebagai usahawan internet. Paling penting di sini anda kena yakin bahawa anda ada potensi untuk melakukannya.
Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Share