Blog Ilmiah Pemasaran Video I Pemasaran Emel I Pemasaran Blog I Peribadi I Gosip

Photobucket

Kenapa perlu optimumkan blog anda?

Tuesday, February 8th, 2011

Hai bertemu kembali kita dalam artikel minggu ini. Hari ini saya ingin menekankan beberapa kriteria yang perlu anda lakukan terhadap blog anda. Bagi yang belum mempunyai blog saya sarankan anda mencipta blog sendiri sama ada yang percuma seperti blogspot.com atau yang berbayar namadomainanda.com seperti menggunakan wordpress.

Blog adalah satu laman web yang dipanggil weblog di mana anda boleh mencipta blog untuk menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan anda sama ada anda di dalam industri perniagaan internet, muzik, pendidikan, permotoran, atau sebagainya.

KENAPA PERLU ADA BLOG?

Anda perlu mempunyai blog kerana ia adalah salah satu teknik pemasaran di internet. Pokcik Google lebih mengindeks blog yang mempunyai carian di internet. Apabila orang mencari maklumat berkaitan dengan mereka dan blog anda ada tentang maklumat tersebut, ini menjadikan blog anda dikunjungi oleh trafik. maka secara tidak langsung mereka akan melihat produk yang anda sedang promosikan.

Sekiranya mereka berminat dengan produk tersebut mereka akan membelinya dan ini akan memberi anda pendapatan. Untuk menjadikan trafik ini sentiasa datang eloklah anda memasang feedburner atau autoresponder untuk memberitahu artikel yang terbaruter kepada subscriber anda.

Sebab itulah anda perlu memiliki blog sendiri sama ada yang percuma mahu pun yang berbayar. Mempunyai blog berbayar seperti FaizulNoor.com (contoh) adalah untuk menampilkan keprofesionalisme anda dalam arus internet ini.

Blog anda perlu ada niche yang tersendiri untuk membezakan blog anda unik dan lain dari yang lain. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan daripada blog yang sama dengan niche blog anda.

BLOG PERCUMA ATAU YANG BERBAYAR?

Bagi yang baru bermula dalam bidang blogging dan kekurangan/tiada modal untuk melanggan hosting berbayar, anda boleh mencipta pada blogspot.com. Anda boleh belajar menguruskan blog percuma dengan mempelajari teknikalnya sebelum berpindah ke hosting berbayar untuk menampilkan profesionalisme anda.

Mencipta blog sangatlah mudah apabila anda telah mula bertindak menciptanya. Begitu juga dengan saya dahulu di mana belajar mencipta blog dengan blogspot.com. Apabila kemahiran mencipta blog telah meningkat, saya mula mendirikan rumahtangga    blog berbayar yang menggunakan nama domain sendiri untuk lebih profesionalisme.

SARANAN SAYA

Saya sarankan anda sekiranya ingin mencipta blog yang berbayar, anda digalakkan menggunakan nama sendiri kerana apabila nama anda telah dikomersilkan, blog anda akan lebih mudah dikenali.

Pada blog anda nanti, anda boleh menjadikannya sebagai platform mencari duit di mana semakin lama semakin rajin anda berblogging dan mengemas kini blog, ia akan menjadi tempat rujukan pembaca blog yang lain.

PROMOSI

Untuk meningkatkan trafik datang ke blog anda, anda semestinya melakukan promosi blog anda seperti:

1. SEO —> Sekiranya anda tidak tahu tentang ini outsource sahaja kepada yang pakar. Anda cari pakar-pakar SEO di   Forum WangCyber.

2. Signature di forum —> Anda tinggalkan jejak blog anda pada siggy (signature) di forum tentang blog anda.

3. Backlink —> Sekiranya tak tahu tentang ini, outsource kepada orang yang tahu membuat backlink.

4. Berblogging di blog lain —> Anda komen di blog lain dan linkkan nama anda ke blog anda untuk menarik trafik. Saya pasti ramai yang tahu tentang perkara ini.

5. Pengiklanan banner —> Iklankan banner blog anda di forum, berita harian online, di blog bertrafik tinggi, FB, dan sebagainya.

6. Adwords —> Sekiranya anda mempunyai modal yang agak tinggi anda boleh menggunakan iklan seperti ini dengan Google atau Yahoo.

Saya pasti blog anda akan dikunjungi oleh trafik yang berkualiti. Apabila telah mempunyai trafik/pengunjung, promosi terhadap produk anda dan produk affiliate akan menjadi lebih mudah.

Di blog anda nanti, anda juga boleh memasang shopping cart untuk memasarkan produk fizikal atau pun produk digital. Shopping cart juga membolehkan anda mengintegrasikannya sebagai laman web hanya di blog anda tanpa anda perlu ada laman web jualan sendiri.

Baru-baru ini saya berjaya menggunakan shopping cart malahan percuma sahaja untuk menjadikan blog dioptimumkan penggunaannya. Ia bertujuan untuk memasarkan produk digital saya di mana pada blog saya ini telah terhasill satu laman jualan yang dipanggil sebagai blogshop.

Anda juga boleh menjadikan blog anda sebagai blogshop dan ini memudahkan anda menjual produk di pasaran internet.

Anda boleh melihat contoh yang telah saya lakukan di bawah ini.

KLIK SINI UNTUK LIHAT BAGAIMANA SAYA MENGINTEGRASIKAN SHOPPING CART DI BLOG

Untuk mengetahui bagaimana saya berjaya melakukannya, saya telah mendapatkan satu panduan blogshop yang mengajar bagaimana menjadikan blogspot dan blog.com anda menjadi blogshop.

KLIK SINI

Saya yakin anda akan dapat mencipta blogshop sendiri malahan anda juga dapat mencipta facebook shop anda juga nanti. Saya rekemen produk ini kepada anda kerana saya sendiri telah mendapatkannya di laman web ini.

KLIK SINI

Jadi dengan mengoptimumkan blog anda akan menjadikan blog anda sentiasa dikemaskini dengan integrsi yang baru dan segar dari ladang.:)

Share