Blog Ilmiah Pemasaran Video I Pemasaran Emel I Pemasaran Blog I Peribadi I Gosip

Photobucket

Ke mana selepas SPM, STPM? Kursus dipilih pastikan sesuai dengan kehendak dan kemampuan anda.

Saturday, March 5th, 2011
Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun di umumkan Isnin yang lepas dan tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula menyusul. Bagi yang menerima keputusan baik pasti akan gembira manakala yang tidak bernasib baik dengan keputusan diperoleh tidak perlu kecewa kerana ia bukan akhir sebuah kehidupan.
Ramai yang menganggap kedua-dua peperiksaaan ini adalah akhir kepada proses persekolahan. Walau pun kenyataan itu ada pakainya tetapi ia sebenarnya adalah permulaan kepada satu lagi proses pembelajaran.
Persoalannya, ke mana lepasan SPM dan STPM selepas ini. Individu yang bercita-cita tinggi, sudah tentu merancang landasan yang ingin diikuti. Mereka yang masih kabur dan tidak jelas hala tuju, ada baiknya melihat peluang yang boleh diambil.
Namun dalam memilih kursus sebaiknya tanya diri sendiri apa yang dimahukan, bak kata pepatah, tepuk dada tanya iman kerana anda sendiri yangmenghadapi dan menentukannya.
Share

Tips Pemilihan Kerjaya Lepasan SPM

Tuesday, February 15th, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat  berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.
Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.
Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.
Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.
Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.
Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM nanti.
Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan.Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.
Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.
Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat.
Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.
Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian. Jika anda memilih untuk ke institusi swasta,bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal,makanan,buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.
Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!
Tonton video di bawah ini.
Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di http://lepasanspml.tk/

Share