Blog Ilmiah Pemasaran Video I Pemasaran Emel I Pemasaran Blog I Peribadi I Gosip

Photobucket

Apa Yang Ada di Forum WC?

Saturday, December 11th, 2010

Entri kali ini saya tersentuh untuk menulis tentang forum terkenal di Malaysia  iaitu Forum Wang Cyber atau ringkasnya Forum WC. Kebiasaannya saya selalu akan meletakkan sebuah video sebelum menulis sessuatu post di blog tetapi untuk entri kali ini saya rasa tidak perlulah meletakkan video. Sebab apa perlu letak video ni? SEO, tahukan? Google lebih mengindeks sesuatu blog yang mempunyai video dan kanduangan sesuatu blog. Baiklah kita fokus kepada forum WC ini.  Forum WC ini adalah salah  satu forum yang mempunyai kedudukan ranking 100 laman web terbaik. Semasa  entri ini ditulis, mengikut perkembangan dan pembacaan saya kedudukan  ranking ke-79 laman web terbaik di Malaysia. Kenapa cepat naik? Mesti ada  rahsiakan? Rahsianya mesti ada pada pengasasnyakan.hohoho.:D

www.wangcyber.com

Forum WC ini adalah satu tempat di mana IM dan usahawan internet membentuk komuniti untuk menjalinkan urusniaga di antara mereka. Kadar keselamatan untuk urus niaga di forum ini adalah tinggi di mana ia dipantau oleh moderator-moderator yang berpengalaman. Sekiranya anda tidak pernah menjenguk forum ini lagi eloklah mendaftar di sana. Pendaftaran sebagai ahli adalah PERCUMA..Ya PERCUMA. Malahan ia diibaratkan seperti sebuah universiti di mana ilmu-ilmu tentang bisnes perniagaan internet banyak diperolehi hanya di sana.

Sekiranya anda tidak tahu berforum ada ruangan untuk anda untuk bertanya. Anda akan dibantu oleh ahli-ahli forum di situ. Kebanyakan mereka adalah ahli forum yang berfikiran positif dan saling bantu-membantu ahli forum yang lain dalam mengatasi sesuatu masalah. Begitu juga dengan saya dahulu sewaktu mula-mula mengenali forum WC ini. Saya merasakan sangat bertuah menjumpai sebuah forum yang sebegini berbanding dengan forum-forum yang lain.

Ini adalah peluang untuk anda sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan internet. Banyak manfaat di sini sekiranya anda ingin membuka perniagaan internet tetapi tidak tahu cara untuk menarik trafik/pengunjung ke laman web anda, maka di sini terlalu banyak trafik yang boleh anda cari.

Kini genaplah setahun lebih saya menceburi perniagaan internet di mana produk fizikal pertama yang saya jual adalah meja laptop. Boleh jual ke kat internet? Ya saya bercakap benar, produk fizikal ini boleh dijual di internet. Macam mana saya lakukan? Saya mengkaji melalui pembacaan saya dan memasarkannya di forum WC dan pemasaran email. Produk fizikal pun boleh kumpul senarai email? Ya saya bercakap benar, saya mengumpul senarai email dengan usaha saya sendiri. Mengumpul senarai email bermaksud membina bisnes anda sebenarnya untuk jangka masa panjang.

www.mejalaptops.com

Saya juga mengeluarkan sebuah ebook pemasaran untuk ebook bagi newbie yang tidak tahu langsung tentang asas pemasaran di internet. Sebab itulah kita perlu banyak membuat rujukan dan membaca seperti kata Shuth sendiri.:D

www.pemasaranebook.com

Saya mula mengenali pengasas forum WC hanya di forum, memang terdetik di hati untuk berjumpa dengan pengasas WC iaitu Shuth. Seorang anak muda berpandangan jauh dan berfikiran positif untuk mewujudkan satu forum komuniti IM Malaysia. Semasa saya berkhidmat di Johor saya berpeluang menemui beliau di mana saya bertemu dengan beliau di sebuah hotel di Johor Bahru. Saya agak dalam bulan 5 2010 semasa pertemuan ini.

Tak percaya? Ini buktinya gambar saya semasa berjumpa dengan beliau secara  face to face.

Sewaktu mula-mula berjumpa dengan beliau, beliau dapat meneka saya ada;ah salah seorang ahli forum WC. Walaupun Shuth seorang yang sibuk dengan tugas kerja beliau masih mampu mengenali ahli-ahli forum WC yang ramai. Kami duduk bersembang dan saya memberi pandangan bahawa memang seharusnya wujud satu forum sebegini. Saya puji dengan tindakan beliau mencipta forum sebegini. Banyak juga saya cungkil rahsia beliau. Secara tidak langsung saya dan beliau boleh mengenali dengan lebih rapat lagi. Beliau memang sempoi, peramah, dan berfikiran terbuka.

Dari situ juga, beliau bersetuju untuk ditemuramah oleh saya apabila saya mengatakan ebook ini adalah untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai bagi memberi pendedahan latar belakang pengasas dan forum WC ini. Saya merasakan masih ramai tidak memahami perniagaan internet yang sebenar.

Maka lahirlah sebuah Ebook Temuramah Eksklusif Pengasas WC untuk memberi kesedaran, motivasi, semangat kepada individu di luar sana. Saya juga berfikir bahawa sesiapa sahaja pun boleh melakukan perniagaan di internet tetapi perlu ada pemahaman dan ilmu. Sebab itulah Shuth menyatakan dalam ebook ini sekiranya tidak faham sesuatu perkara perlu lebih ‘iqra’.

www.temuramaheksklusif.com

Bagi individu yang sudah memuat turun ebook ini dan telah membacanya saya berharap ia sedikit sebanyak memberi pendedahan perniagaan internet yang sebenarnya. Sekiranya anda telah membacanya, saya mengalu-alukan pandangan ikhlas anda tentang ebook temuramah ini. Saya juga berharap perkongsian ini membantu anda lebih bersemangat, bermotivasi dan berfikiran positif dalam menempuhi sebagai usahawan internet yang lebih berjaya dalam apa jua bidang diceburi.

Salam kejayaan untuk anda semua terutama sekali bagi pembaca blog ini.

Sekian terima kasih.

Faizul Noor,

Penulis Ebook Temuramah Eksklusif Pengasas WC.

Share