Blog Ilmiah Pemasaran Video I Pemasaran Emel I Pemasaran Blog I Peribadi I Gosip

Photobucket

Autoresponder pilihan yang sesuai

Sunday, April 25th, 2010

Terdapat banyak pilihan email autoresponder pada masa sekarang. Ada yang percuma dan berbayar. Email autoresponder adalah satu sistem yang menghantar email yang bersusun dan berhemah kepada subscriber yang telah mendaftar di laman web kita.

Antara jenis email autoresponder yang terdapat di pasaran adalah AWeber, GetResponse, TrafficWave, Constant Contact, dan iContact. Autoresponder jenis ini adalah yang berbayar dan email yang dihantar adalah dijamin masuk ke folder inbox email subscriber anda. Saya tidak menggalakkan anda menggunakan autoresponder yang percuma kerana email yang dihantar mungkin masuk ke folder Spam subscriber.

Simple RSS to Email by AWeber Communications

AWeber adalah adalah salah satu autoresponder yang terbaik yang digunakan oleh ramai IM (Internet Marketer). Ia adalah mesra pengguna dan ciri-ciri yang ada padanya memudahkan pengguna menggunakannya. Kekurangannya adalah kosnya iaitu apabila semakin meningkat jumlah subsciber yang mendaftar di laman web kita, kos Aweber akan turut meningkat. Saya menggunakan AWeber kerana cirinya yang memudahkan pemahaman saya tentang penggunaannya. AWeber juga sedang mempromosi tempoh percubaannya selama sebulan dengan hanya mengenakan $1 (1 dollar).

Getresponse adalah salah satu autoresponder yang terbaik dan ramai IM tempatan dan juga antarabangsa menggunakannya. Getresponse adalah lebih kurang sama dengan AWeber. Tonton video di bawah.

Trafficwave adalah salah satu autoresponder yang terdapat di pasaran sekarang. Bagi yang baru memulakan bisnes internet anda boleh menggunakannya kerana tiada pendaftaran menggunakan kad kredit di mana anda boleh menggunakannya secara percuma selama 30 hari. Tamabahan lagi, kosnya lebih murah berbanding autoresponder yang lain di mana sekiranya subscriber bertambah ia tidak meningkatkan kos bayaran bulanannya.

Perbandingan Harga Antara Autoresponder

List Size: Aweber Constant Contact iContact GetResponse TrafficWave.net
0-500 $19.00 $15.00 $10-$14* $18.00* $17.95
501-2,500 $29.00 $30.00 $14-$29 $28.00 $17.95
2,501-10,000 $49-$69* $75.00 $29-$74 $45.00* $17.95

Semoga post kali ini membantu untuk membuat pilihan autoresponder yang terbaik bagi diri anda.

Share