Ruangan ini adalah bertujuan untuk mengulas produk-produk yang sesuai untuk pengguna di mana tiada ulasan yang berbentuk hype di mana penulis akan mengulas dengan sejujur-jujurnya. Ruangan ini juga untuk mengulas produk yang dirasakan bermanfaat kepada orang ramai.
Dalam masa terdekat penulis blog ini akan mengulas produk demi produk untuk pengetahuan orang ramai di luar sana. Diharap ulasan ini akan memberi gambaran sebenar produk tersebut. Di sini anda boleh merujuk untuk ulasan sesuatu produk di pasaran.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog FaizulNoor.com.
Untuk review kali ini saya ingin mengulas seberapa jujur tentang ebook yang saya beli ini.
Keputusan SPM 2010 akan keluar pada 23 Mac 2011. Semestinya pelajar berdebar dan tidak dinafikan mereka pasti memikirkan hala tuju selepas SPM.
Baru-baru ini saya baru sahaja menghabiskan dan meluangkan masa untuk membaca satu panduan kerjaya selepas SPM. Ianya satu panduan lengkap dengan informasi yang memfokuskan hala tuju kepada pelajar selepas SPM dan sangat relevan.
MODUL 1 – Rujukan Informasi Kerjaya Di Institut Pendidikan Guru
Di dalam Modul 1 ini, penulis menekankan perkara berikut:
- faktor yang dinilai dalam pemilihan guru yang berkualiti. Ingat mudah ke nak jadi seorang GURU? TAhukah anda di luar sana masih ramai yang berminat dan ingin menjadi seorang GURU tetapi peluang bakal terbuka sekiranya anda memahami faktor-faktor ini. Terdapat 14 faktor yang dinilai dalam menjadi seorang GURU.
- Maklumat-maklumat penting tentang Institut Pendidikan Guru (IPG) diterangkan satu per satu untuk anda seperti kursus yang ditawarkan iaitu Pendidikan Matematik, Sains, Bahasa Arab dan banyak lagi la…
- Cara permohonan ke IPG diterangkan sejelas-jelasnya untuk anda memahami cara memohon tanpa perlu tercari-cari maklumat di tempat lain.
- Ia juga menerangkan tentang sistem akademik dan pengiraan mata secara merit. Maka anda akan dapat mengetahuinya segera sebelum melangkah ke IPG untuk menjadi GURU bagi menyahut cita-cita anda selama ini.
- Anda juga bakal mengetahui elaun-elaun yang bakal diperolehi oleh pelatih guru di IPG dan syarat-syarat asas untuk memohon kemasukan ke IPG.
Banyak lagi la maklumat rahsia yang didedahkan oleh guru pelatih ini tetapi maklumat di dalam Modul 1 ini adalah sangat padat dan berinformasi.
Modul 1 ini saya tidak nampak di mana kekurangannya kerana kandungannya begitu begitu begitu padat kerana penulis ini seorang pelatih guru dan sangat pakar di dalam bidangnya di IPG.
MODUL 2 – Rujukan Informasi Kerjaya Di IPTA
Di dalam Modul 2 ini, penulis menekankan perkara berikut:
- Memilih kursus yang sesuai dengan keputusan SPM anda dan IPTA pilihan anda. Bagi saya, dengan pilihan IPTA dan kursus yang tepat bakal menjimatkan masa anda dan memenuhi bidang kerjaya selepas tamat pelajaran di IPTA nanti.
- Sekiranya anda berminat dalam bidang perubatan, Modul 2 ini ada menerangkannya supaya bidang yang anda pilih ini nanti tidak menjadi persaingan ketika memohon nanti.
- Penulis juga ada menerangkan tentang tajaan yang bakal diperolehi oleh pelajar untuk memilih kursus yang sesuai dan menepati pasaran kerjaya nanti.
- Terdapat juga tarikh-tarikh khas yang perlu dipatuhi untuk lepasa SPM kategori A. B, C, dan D. Pastikan anda mengetahui tarikh-tarikh penting ini supaya anda tidak akan rugi kelak.
- Anda juga akan ditunjukkan cara membeli no PIN untuk memohon kemasukan ke IPTA secara online dan anda boleh menyemak kemasukan ke IPTA nanti.
Bagi saya di dalam Modul 2 ini tiada kekurangan yang nampak dari segi informasinya dan satu Modul yang sangat padat. Tahniah untuk Modul 2 ini.
MODUL 3 – Rujukan Informasi Kerjaya Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Modul 3 ini lebih menerangkan peluang-peluang kerjaya yang dapat kita memohon untuk menjawat jawatan di sektor kerajaan. Syarat-syarat diperlukan untuk memohon kerja kerajaan. Modul ini menunjukkan cara untuk memohon jawatan kerja kerajaan secara online seperti pegawai dan pembantu untuk jawatan yang ditawakan.
Malahan Modul ini juga menunjukkan cara memohon jawatan kerjaya jururawat yang diidam-idamkan semua orang kerana gajinya yang lumayan dan elaun-elaun yang sangat menarik bagi kakitangan awam. Jawatan ini bukan untuk golongan wanita sahaja malahan kini ia dibuka untuk kaum lelaki bagi menampung keperluan negara kerana tidak semua kerja yang boleh dilakukan oleh jururawat wanita tetapi perlu dilakukan oleh jururawat lelaki.
Memohon jawatan melalui SPA ini dapat menjamin pekerjaan anda kerana selepasa menamatkan tempoh kursusnya selama 3 tahun anda akan terus diserap ke jawatan yang dipohon.
Bagi saya penerangan di dalam modul ini adalah sangat padat di mana informasinya sangat ‘overdelivered’ dan mudah difahami. Tiada kekurangan yang saya lihat di dalam modul ini. Tahniah kepada penulis.
MODUL 4 – Rujukan Informasi Kerjaya Di Program Teknikal dan Latihan
Di dalam Modul 4 ini penulis menekankan kepada pilihan kerjaya yang melibatkan kemahiran dan teknikal yang boleh kita ceburi di institut-institut latihan seperti Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (MLPK), Jabatan Pengajian Politeknik, dan Kolej Komuniti.
Bagi yang berminat dalam bidang teknikal dan kemahiran boleh memohon di peringkat sijil dan diploma. tempoh pembelajaran di antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan berdasarkan bidang yang dipohon. Malahan penulis juga menyenaraikan satu institut di mana anda boleh memohon bidang di dalam teknologi Jepun yang membolehkan anda menjadi pekerja mahir dalam menampung sektor indusstri negara. Kebiasaannya selepas menamatkan bidang ini dalam masa 6 bulan saya pasti anda menjawat pekerjaan di sektor-sektor industri di Malaysia.
Penjelasan di dalam modul ini boleh dikatakan rujukan padat untuk anda sekiranya berminat di dalam bidang teknikal dan kemahiran.
MODUL 5 – Rujukan Informasi Kerjaya Di Bidang Kursus Ketenteraan
Di dalam Modul 5 ini informasi tentang kerjaya di bidang ketenteraan dijelaskan dengan tepat dan begitu mudah difahami. Modul ini juga menunjukkan cara untuk mendaftar secara online dan menjimatkan masa. Straight to the point dan segala maklumat yang saya baca adalah sangat padat.
Pembaca tidak akan rugi kerana tidak perlu membazirkan masa untuk mencari sumber rujukan bagi kerjaya ini. Kepada yang berminat di dalam bidang kerjaya ini boleh menjadikannya sumber untuk bertindak sekarang.
MODUL 6 – Rujukan Informasi Kerjaya Di Program Angkasa & Penerbangan
Bagi yang berminat untuk menceburi bidang program angkasa dan penerbangan eloklah membaca panduan ini di mana anda boleh menjawat jawatan sebagai juruterbang, pramugara, dan pramugari. Bidang juruterbang adalah bidang yang menawarkan pendapatan yang lumayan dan penulis ada menyatakan kos pengajian yang diperlukan. Sekiranya anda melepasi syarat-syarat yang dinyatakan anda sememangnya berkelayakan tetapi bidang ini tidak menawarkan biasiswa. Jenis-jenis lesen penerbangan ada juga dinyatakan di mana pemohon boleh memilih lesen mengikut kemampuan. Pinjaman pengajian ada juga disediakan oleh syarikat-syarikat besar.
Bidang pramugara dan pramugari juga menawarkan pendapatan yang lumayan di samping boleh melawati negara-negara luar. Sekiranya calon yang cukup syarat boleh memohon permohonan di syarikat-syarikat tersebut.
Dari segi kandungan Modul 6 ini bolehlah dikatakan cukup memberi kefahaman asas dalam bidang kerjaya ini tetapi anda pastinya cukup berpuas hati dengan modul ini. Dijamin.
Jadi, secara tidak langsung anda boleh mendapatkan panduan lengkap bagi kesemua modul ini. Ia sebagai rujukan cepat dan isinya tidak meleret dan terus kepada point yang ingin disampaikan. Dari segi kandungannya saya boleh merumuskan ia adalah di antara panduan yang terbaik. Dari segi rating pula adalah 9/10.















Komen Terkini