Faizul Noor seorang blogger separuh masa mula menceburi dunia perniagaan Internet sejak 2008 dan mendalami bidang blogging bagi melebarkan lagi bisnes dan sudi berkongsi apa sahaja ilmu, motivasi, dan luahan peribadi. Blog ini mengkhususkan tips pemasaran dalam memasarkan produk offline secara online yang lebih mudah difahami oleh pengunjung blog ini.
Berasal dari pantai timur dan berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Minat terhadap dunia internet bermula sejak di bangku sekolah lagi tetapi kekangan dan kekurangan teknologi masa itu membantutkan niat tersebut. Setelah tamat pengajian dari IPTA dan berlatar belakangkan kemahiran subjek komputer yang di pelajari semasa di universiti, mula mengorak langkah dengan menggunakan ilmu yang ada untuk menjadi usahawan internet dan berkongsi apa sahaja ilmu pemasaran di blog ini.
Banyak mempelajari ilmu bisnes yang ada di internet sama ada berbayar mahu pun percuma. Prinsip yang dipegang belajar sehingga ke akhir hayat. Memperkasakan ilmu yang ada supaya ilmu yang ada semakin bertambah. Sedia membantu usahawan internet di luar sana yang ingin bertanya dan ingin saya berkongsi apa sahaja dengan anda semua.
Bidang perkomputeran yang beliau minati adalah multimedia, pengaturcaraan komputer (C++), HTML, grafik dan video editing. Beliau masih belajar dan terus belajar tentang ilmu perkomputeran dan kemahiran-kemahiran sebagai Internet Marketer. Beliau banyak menggunakan medium pemasaran seperti pemasaran emel, pemasaran video mahu pun pemasaran sosial (FB).
Semoga blog ini menjadi rujukan kepada pengunjung di masa akan datang. InsyaAllah.
Ikhlas,
Faizul Noor














Komen Terkini