Vegas Pro
Salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca blog ini. Sudah begitu lama blog ini tidak dikemaskini kerana kesibukan penulis blog ini dengan kerja-kerja hakikinya. Penulis berharap artikel kali ini menarik minat pengunjung untuk membaca.
Baiklah kali ini penulis ingin menyentuh tentang pemasaran blog dan pemasaran video. Pemasaran blog kali ini penulis ingin menyentuh teknikal tentang blog menggunakan medium blogspot. Ramai di luar sana menggunakan blogspot untuk membina sendiri tetapi masih ramai juga yang tidak mengetahui teknikal blogspot ini. Blogspot ini kepunyaan syarikat Google di mana ia adalah percuma dan ada juga yang meraih pendapatan melalui blog menggunakan medium blogspot.
Ini boleh menjimatkan kos anda untuk menjadi blogger di mana untuk memiliki blog sendiri sekiranya kita menggunakan domain + hosting berbayar memerlukan kos RM60 setahun bergantung kepada jenis blog kita. Blogspot pula anda perlu mendaftar dan bebas memilih nama untuk blog anda tetapi kebiasaaannya ia mempunyai seperti berikut namaanda.blogspot.com. Tahukah anda blogspot.com tersebut boleh ditukarkan kepada namaanda.com sahaja menggunakan medium blogspot tetapi masih ramai tidak tahu tentang perkara ini kerana ilmu tentang ini jarang didedahkan dan tahukah anda, penulis mempunyai seorang sahabat yang tahu tentang teknikal ini. Ini menjadikan blog anda lebih profesional tanpa blogspot.com tersebut. Ini adalah secara kasar tantang blogspot.
Baiklah, seterusnya penulis ingin menyentuh tentang pemasaran video. Banyak jenis pemasaran video yang boleh digunakan. Antaranya Window Movie Maker, Camstudio, Camtasia Studio, Vegas Pro, dan After Effets. Penulis kebiasaannya menggunakan Vegas Pro untuk pemasaran video. Perisian ini adalah berbayar namun ia boleh didapati percuma sahaja untuk 30 hari percubaan di sini.
Penulis juga pernah menghasilkan video-video menggunakan Vegas Pro. Anda boleh melihatnya di sini. Pemasaran blog dan pemasaran video saling berkait di mana blog menerangkan lebih detail apa yang ingin kita sampaikan dan video pula menarik penonton untuk menonton apa yang kita sampaikan dalam 1 hingga 3 minit pertama.
Blog dan video banyak melibatkan proses teknikal. Jika menguasai teknikal blog dan video, kerja-kerja ini boleh diselesaikan dengan mudah, cepat, dan menjimatkan masa. Jadi untuk menjimatkan masa dan kerja kita ialah mendapatkan atau mencari orang yang boleh mengajar kita secara berhadapan. Jadi untuk menjimatkan masa anda, satu bengkel pembikinan video menggunakan Sony Vegas Pro 10 dan bengkel membuat blog menggunakan blogspot akan diadakan di IM Training Center, Seksyen 7, Shah Alam (bersebelahan Wisma Jakel).
Bengkel seumpama ini telah diadakan di Terengganu pada 28 – 29 Oktober 2011. Peserta diberi pendedahan mendalam dalam pembikinan video dan blog.
Apa yang istimewanya, anda akan ditawarkan pada harga pakej iaitu RM400. Penjimatan sebanyak RM100 sekiranya anda mengambil pakej kombinasi Bengkel Video dan Bengkel Blog sekaligus.Walau bagaimanapun, jika anda hanya berminat untuk satu bengkel sahaja, harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Bengkel Video: RM300
Bengkel Blog: RM200
Sekiranya anda berminat untuk sertai bengkel ini, sila layari http://www.bengkelvideoblog.com . Daftar sekarang ye kerana tempat adalah TERHAD!

















