Blog Ilmiah Pemasaran Video I Pemasaran Emel I Pemasaran Blog I Peribadi I Gosip

Photobucket

Autoresponder pilihan yang sesuai

Sunday, April 25th, 2010

Terdapat banyak pilihan email autoresponder pada masa sekarang. Ada yang percuma dan berbayar. Email autoresponder adalah satu sistem yang menghantar email yang bersusun dan berhemah kepada subscriber yang telah mendaftar di laman web kita.

Antara jenis email autoresponder yang terdapat di pasaran adalah AWeber, GetResponse, TrafficWave, Constant Contact, dan iContact. Autoresponder jenis ini adalah yang berbayar dan email yang dihantar adalah dijamin masuk ke folder inbox email subscriber anda. Saya tidak menggalakkan anda menggunakan autoresponder yang percuma kerana email yang dihantar mungkin masuk ke folder Spam subscriber.

Simple RSS to Email by AWeber Communications

AWeber adalah adalah salah satu autoresponder yang terbaik yang digunakan oleh ramai IM (Internet Marketer). Ia adalah mesra pengguna dan ciri-ciri yang ada padanya memudahkan pengguna menggunakannya. Kekurangannya adalah kosnya iaitu apabila semakin meningkat jumlah subsciber yang mendaftar di laman web kita, kos Aweber akan turut meningkat. Saya menggunakan AWeber kerana cirinya yang memudahkan pemahaman saya tentang penggunaannya. AWeber juga sedang mempromosi tempoh percubaannya selama sebulan dengan hanya mengenakan $1 (1 dollar).

Getresponse adalah salah satu autoresponder yang terbaik dan ramai IM tempatan dan juga antarabangsa menggunakannya. Getresponse adalah lebih kurang sama dengan AWeber. Tonton video di bawah.

Trafficwave adalah salah satu autoresponder yang terdapat di pasaran sekarang. Bagi yang baru memulakan bisnes internet anda boleh menggunakannya kerana tiada pendaftaran menggunakan kad kredit di mana anda boleh menggunakannya secara percuma selama 30 hari. Tamabahan lagi, kosnya lebih murah berbanding autoresponder yang lain di mana sekiranya subscriber bertambah ia tidak meningkatkan kos bayaran bulanannya.

Perbandingan Harga Antara Autoresponder

List Size: Aweber Constant Contact iContact GetResponse TrafficWave.net
0-500 $19.00 $15.00 $10-$14* $18.00* $17.95
501-2,500 $29.00 $30.00 $14-$29 $28.00 $17.95
2,501-10,000 $49-$69* $75.00 $29-$74 $45.00* $17.95

Semoga post kali ini membantu untuk membuat pilihan autoresponder yang terbaik bagi diri anda.

Share

Email autoresponder yang manakah sesuai untuk anda?

Sunday, April 11th, 2010

Autoresponder adalah satu perisian yang digunakan untuk menghantar email secara berhemah kepada subscriber. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Di sini saya tidak nyatakan autoresponder yang percuma kerana saya tidak galakkannya. Sebab apa saya tidak galakkanya kerana risau nanti email yang dihantar tidak sampai kepada penerima. Autoresponder berbayar adalah terjamin emailnya sampai kepada penerima.

Autoresponder yang berbayar ada bermacam jenis seperti Aweber, Getresponse, Contact Constant, iContact, dan Trafficwave. Aweber dan Getresponse adalah yang terbaik setakat ini. Contact Constant, iContact, Trafficwave adalah autoresponder yang menawarkan harga yang murah. Setahu saya Trafficwave menawarkan tempoh trial selama 30 hari tanpa pendaftaran kad kredit. Autoresponder yang lain saya syorkan anda kaji dan buat perbandingan harga iaitu yang sesuai dengan kemampuan.

Tujuan autoresponder digunakan adalah untuk mengumpul email daripada orang ramai secara berhemah dan untuk berhubung dengan subscriber kita dengan menghantar email atau newsletter kepada mereka. Anda semestinya fahamkan. Untuk menjadi seorang usahawan internet, salah satu perkara yang diperlukan adalah autoresponder. Ianya pentting dalam pemasaran email untuk mempromosi, berhubung dengan pelanggan, pemberitahuan perkara penting dan banyak lagi la..

Jadi kepada bakal usahawan di luar sana yang tidak tahu apa itu autoresponder, anda boleh mendapatkan sumber percuma atau berbayar mengenai autoresponder ni. Banyak kelebihan autoresponder ini sekiranya ia di uruskan dengan baik.

Share