Blog Ilmiah Pemasaran Video I Pemasaran Emel I Pemasaran Blog I Peribadi I Gosip

Photobucket

Teknikal Pemasaran Video Dan Pemasaran Blog (Blogspot)

Salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca blog ini. Sudah begitu lama blog ini tidak dikemaskini kerana kesibukan penulis blog ini dengan kerja-kerja hakikinya. Penulis berharap artikel kali ini menarik minat pengunjung untuk membaca.

Baiklah kali ini penulis ingin menyentuh tentang pemasaran blog dan pemasaran video. Pemasaran blog kali ini penulis ingin menyentuh teknikal tentang blog menggunakan medium blogspot. Ramai di luar sana menggunakan blogspot untuk membina sendiri tetapi masih ramai juga yang tidak mengetahui teknikal blogspot ini. Blogspot ini kepunyaan syarikat Google di mana ia adalah percuma dan ada juga yang meraih pendapatan melalui blog menggunakan medium blogspot.

Ini boleh menjimatkan kos anda untuk menjadi blogger di mana untuk memiliki blog sendiri sekiranya kita menggunakan domain + hosting berbayar memerlukan kos RM60 setahun bergantung kepada jenis blog kita. Blogspot pula anda perlu mendaftar dan bebas memilih nama untuk blog anda tetapi kebiasaaannya ia mempunyai seperti berikut namaanda.blogspot.com. Tahukah anda blogspot.com tersebut boleh ditukarkan kepada namaanda.com sahaja menggunakan medium blogspot tetapi masih ramai tidak tahu tentang perkara ini kerana ilmu tentang ini jarang didedahkan dan tahukah anda, penulis mempunyai seorang sahabat yang tahu tentang teknikal ini. Ini menjadikan blog anda lebih profesional tanpa blogspot.com tersebut. Ini adalah secara kasar tantang blogspot.
Continue Reading..

Share

Bina Survey Untuk Mendapatkan Senarai Pembeli

 

Teknik survey adalah salah satu teknik yang selalu saya gunakan untuk mendapatkan buyer list daripada subscriber dari autoreponder AWeber saya. Kenapa kita perlu asingkan senarai list biasa yang hanya mendapatkan info percuma dengan buyer list ini? Ini kerana kita akan mendapat pembeli apabila kita melancarkan sesuatu produk.

Teknik ini sangat mudah digunakan oleh sesiapa sahaja sekiranya ingin mendapat jualan yang berulang. Untuk menggunakan borang survey di atas kita perlu mendaftar di laman web berikut www.surveymonkey.com.

Semoga video kali ini membantu anda sedikit sebanyak dalam mencari senarai pembeli untuk produk fizikal mahu pun produk digital anda.

Share

Pemasaran Emel 3.0 Untuk DiPelajari Dengan Teknik Berkesan

Hai apa khabar pengunjung blog saya? Bertemu lagi kita dalam artikel kali ini untuk saya berkongsikan pemasaran emel untuk anda.

Menguasai pemasaran emel dengan teknik yang betul dan berkesan akan membantu anda dalam menghasilkan jualan. Persoalannya bagaimana mahu menjual dengan teknik yang betul? Ya, kita perlu membina kredibiliti dan relationship dengan subscriber kerana kepercayaan adalah penting dalam menjual sesuatu produk. Baiklah tonton video di bawah untuk memahami pemasaran emel.

Continue Reading..

Share